Event is FINISHED

MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI PERAK PEPIAS

Description

Usia sesebuah organisasi yang sudah menjengah setengah abad menandakan perlunya ada anjakan paradigma demi memastikan agenda jangka masa panjang organisasi akan terus mapan. Begitulah juga buat Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) yang secara rasminya didaftarkan pada tahun 1992, kini melangkaui usia jubli perak.

Sudah pasti di sebalik keutuhan PEPIAS selama 25 tahun ini dalam mendepani pelbagai isu-isu kebajetan akhlak dan sahsiah ummat, berdiri teguhnya insan-insan yang sudi menyumbangkan masa, tenaga dan buah fikiran agar Islam mengakar dan membumi dalam sanubari masyarakat kita.

Sehubungan dengan itu, PEPIAS bakal menganjurkan Majlis Makan Malam Jubli Perak PEPIAS penubuhannya sebagai salah satu cara meraikan pencapaian PEPIAS dan pada masa yang sama juga memperingati perjalanan dan lakaran sejarah penubuhannya.

Majlis Makan Malam merupakan acara terpenting dan bermakna kerana Peluncuran Buku 25 Tahun PEPIAS akan dilaksanakan semasa majlis ini. Konsep yang ditawarkan semasa majlis ini adalah jualan meja makan malam kepada kumpulan sasaran tertentu seperti agensi swasta, agensi jaringan PEPIAS, dan juga individu perseorangan. Pendapatan yang akan dijana adalah melalui hasil jualan meja makan malam, penajaan dan sumbangan ikhlas daripada kumpulan sasaran tersebut.

Oleh yang demikian, berbekalkan usaha dan kekuatan yang ada, diharapkan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PEPIAS mampu menjadi salah satu cara apresiasi buat individu-individu yang pernah suatu ketika terlibat dalam melaksanakan setiap peranan yang dipertanggungjawabkan dalam menjayakan gerak kerja menyelamatkan ummat. Malahan sambutan ini juga merupakan titik tolak PEPIAS untuk memulakan langkah merejuvenasikan hala tuju dan gerak kerja yang sedia ada dan bakal dirangka.


Event Timeline
Sat Nov 5, 2016
7:00 PM - 11:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Selangor
Tickets
AWAM 30.00 MYR
PELAJAR 10.00 MYR
Venue Address
2, Persiaran Institusi, Kawasan Institusi Bangi, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia Malaysia
Directions
Follow Persiaran Institusi and Jalan Ayer Itam/B13 to Jalan Sungai Besi in Kajang
Organizer
PEPIAS
1 Follower